Ibu bapa adalah 'model' kepada anak-anak. Saya dan suami menjadi model pada saat kami sangat-sangat memerlukan rehat.Lukisan di atas tercatat tarikh 28/8/1999. Pelukisnya? Emm... tiada catatan. Ilham, Amna atau Adibah?
Ada lukisan yang tercatat nama pelukisnya. Adibah ada melukiskan saya yang sedang melukis, tetapi lukisan itu tidak jelas kerana dibuat menggunakan pen kuning flourescent di atas kertas putih.
Dialog seorang bapa, "Semua orang lukis abah sekarang!" Maka dapatlah si bapa berehat sambil menonton siaran berita dengan aman kerana anak-anak (yang berusia 5 hingga 10 tahun ketika itu) mulai mendapatkan kertas dan pen. Si ibu pun tumpang semangkok!
Dihasilkan oleh pelukis yang sama dengan lukisan mula-mula tadi.Si ibu digambarkan tersenyum, si bapa bagai bermasaalah!
Dihasilkan oleh Amna. Amna sudah pandai menandatangani lukisan hasilannya. Dia kini sedang mengikuti degree fine art di UiTM Shah alam, sesudah menjalani tiga semester diploma di UiTM Alor Gajah.Rambut si bapa sudah dipotong pendek! Najaa masih baby.
Ini lukisan Fatahanah ketika berusia 6 tahun. Nasib baik dia teringat hendak menuliskan namanya pada lukisan ini (Sudah dicrop). Kalau tidak ibunya tidak ingat siapa yang lukis!
