Tahun lepas Encik Din kita berjubah Arab, Ustazah Sharifah pula bagai dramatis Korea. Tahun ini kembali ke daerah sendiri.
Kalau nak tahu, inilah gaya pakcik-pakcik Kelantan yang saya pernah lihat sewaktu zaman saya kanak-kanak dahulu.
"Opss baik-baik Din, pandai ke kayuh basikal tua tu? Takut pulak jatuh Kak Pah kita tu. Berterabur pulak bunga-bunga di dalam bakulnya......"
Man dan Man...
Seronoknya dapat naik basikal!!
Inilah gaya Cik Siti Wan Kembang - berkemban jantan, berpending emas di pinggang. Bersarung songket penuh, selendang panjang menutupi bahu.
Hasni tampil lengkap dengan dokoh dan berkeris.
Nik Salida tak sempat nak posing. Tugas Floor manager, sibuklah dia menyemak senarai susunan barisan guru.
Bijak betul ide Azka. Orang lain berpeluh kepanasan dek pakaian, dia santai dengan T shirt pagoda - gaya pelaut Pantai Timur. Selepas ini untuk acara permainan, dia tidak perlu berganti pakaian seperti cikgu-cikgu lain!
Berbagai negeri, berbagai etnik.
Nani berselempang, Ina denga pakaian suku Sabah, Ani gaya puteri Perak, Wan berkebaya labuh Selangor, dan Suhaila berkurung Riau-Pahang.
Tahun lepas, Mil dengan gaya Queen Victoria menang pakaian terbaik. Tahun ini pun memukau pandangan. Ishraf tetap tak kalah gaya. Masih ingat, tahun lepas dia bergaya Jawa lengkap dari hujung rambut ke hujung kaki.
Kebaya labuh, Minangkabau, Kebaya nyonya, dan gaya penari Petenun, sejenis tarian yang berasal dari Bugis.
Guru-guru SMKBJ memang tak kalah gaya!
Kalau tahun lepas kita lihat mereka bergaya Korea, Jepun, Inggeris, Bollywood, China, Jawa, Arab, dan juga gaya tempatan; tahun ini mereka beria-ia mencari pakaian etnik lama yang jarang-jarang dapat dilihat. Harap-harap dalam keriuhan tepukan para murid itu, terhantar juga sedikit apresiasi tentang keindahan seni busana tradisi.
Hmm....untuk tema tahun hadapan, sudah terdengar rakan-rakan menyuarakan beberapa ide! Maklumlah setahun sekali bergembira menyambut Hari Guru.