Alhamdulillah....terlaksana sasaran lima buah catan mengisi cuti hujung tahun, walaupun kesemua catan tersebut masih memerlukan sentuhan dan kemasan akhir.
Wanita tidak mungkin memisahkan dirinya dengan tuntutan tradisional. Tuntutan ini sebenarnya datang dari dalam diri wanita itu sendiri yang berasa puas jika dapat menyediakan hidangan serta menyiapkan keperluan rumah tangga. Tapi dalam menekuni warna, saya akui tuntutan tradisional ini sesekali terabai jua...Terima kasih dan syukur saya kerana mereka yang mengelilingi saya faham, bahkan suka melihat saya kembali bermain warna.
Dengan beberapa catan yang terdahulu, dan bara bernyala untuk terus berkarya, mungkinkan buat saya mengangankan sebuah pameran....
Teringat pula sekumpulan sajak yang sudah saya serahkan kepada seorang rakan dengan hasrat yang hingga kini masih tertangguh untuk sebuah antologi...
Hmmm.....
1 comment:
Salam ziarah Puan. Tahniah atas karya yang pernah tersiar. Sudilah ziarah blog saya untuk bertukar-tukar pendapat. Harap tinggalkan jejak.
Post a Comment