Sunday, October 7, 2012

Kembali ke Gema Dikir



Satu kejutan yang manis! Saya menerima jemputan ke majlis Penyampaian Hadiah Sastera Utusan-Exxonmobil lewat telefon. Hanya sesudah menerima surat jemputan rasmi barulah tahu bahawa saya memenangi salah satu kategori hadiah sastera tersebut. Dan satu-satunya sajak saya yang tersiar di Mingguan Malaysia pada tahun 2011, "Kembali Ke Gema Dikir", kembali menggemakan getar makna dalam diri. Syukur, Alhamdulillah. 

Sungguh saya terasa kecil berada dalam kelompok penulis-penulis lain yang sememangnya telah berkali-kali menerima pengiktirafan. Jujur juga saya berasa takut dengan momentum menulis saya yang tidak konsisten ini....

2 comments:

Tetamu Istimewa said...

Tahniah Puan. Saya juga berasa begitu. Kecil rasanya apabila bersama penulis yang hebat-hebat ni.

Sebenarnya, perasan juga Puan di meja depan saya, tapi tidak berani pula hendak menegurnya.

Rositah Ibrahim said...

Terima kasih, tahniah utk sdr juga. Saya hendak menegur sdr tapi tak sempat....sebab waktu itu tengah berbual-bual dgn seseorang!