Wednesday, December 26, 2012

Antara Aksara dan Warna


Ini perolehan saya sepanjang bulan November dan Disember. Tidak sempat ke The Big Bad Wolf Sales - sungguhpun bercuti, masa tidak lapang sepenuhnya. Juga belum menjengah DAWAMA. Dan pada hujung Januari nanti ada jualan buku (Wah! Seronoknya ada bonus!!) Masih juga ada beberapa novel yang diperolehi lebih awal yang belum lagi diselesaikan.

Saya kagumi mereka yang banyak membaca dan banyak pula karya yang terhasil - sesuatu yang tidak mampu saya lakukan. Antara pembacaan saya yang tersangkak-sangkak, merangkak jugalah saya serakkan warna pada wajah kanvas.

Dan sebagai wanita pula, masa harus berbahagi dengan kerja-kerja rumah tangga, walaupun saya akui, bahagian ini tidak juga sempurna!

Ya, menjadi suri sangat sibuk. Lebih-lebih lagi kesibukannya jika dalam masa yang sama mahu berkarya - menulis dan melukis. Catan-catan saya setakat ini tidak besar saiznya - sekitar tiga setengah hingga empat setengah kaki sahaja. Mendapat semangat daripada anak gadis saya yang sedang mengusahakan pameran bersama pelukis-pelukis muda wanita, saya juga mahu memulakan catan yang bersaiz besar. Allahuakbar! Banyaknya yang dimahukan oleh wanita tua ini!





2 comments:

Tetamu Istimewa said...

Saya kurang pasti sama ada komen saya sebelum ini lekat ataupun hilang entah ke mana. Namun, sekali lagi saya tingglkan di sini.

Seronok kalau dapat bersama buku.

Rositah Ibrahim said...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan jejak.

Ya, Helmi, memang seronok dan asyik dengan buku. Hati terasa puas kalau buku-buku cantik tersusun (malangnya tak selalu punya masa untuk menyusun buku, lebih-lebih lagi kalau yang hendak disusun itu sebenarnya sudah tidak kecukupan ruang!)