Rasa-rasanya aliran ini menjadi ikutan dalam lima atau enam tahun kebelakangan ini - majlis graduasi untuk murid-murid tingkatan lima. Majlis ini dibuat seperti majlis graduasi high school dalam filem-filem Amerika (Sekolah sebagai agen perubahan atau penyebar peniruan?).
Majlis tersebut biasanya diadakan sekitar dua atau tiga minggu sebelum SPM bermula. Sekiranya majlis diadakan di hotel, maka guru-guru pun terpaksalah (dipaksa) membayar harga meja.
Dalam majlis tersebut, murid-murid ting lima memakai jubah dan naik ke pentas untuk menerima 'ijazah'. Murid terbaik akademik mahu pun kokurikulum akan menerima sijil masing-masing. Demikian juga murid yang dinobatkan sebagai tokoh murid.
Tamat majlis murid-murid ini akan merakam kenangan dengan melambung 'topi graduan' masing-masing. Tidak ubah majlis konvokesyen di universiti atau kolej. Bezanya, pada hari persekolahan berikutnya, mereka datang kembali ke sekolah, dengan memakai uniform sekolah; untuk kembali menekuni pelajaran sebagai persediaan peperiksaan, manakala yang kaki ponteng tetap meneruskan 'kepontengan' mereka, dan di sinilah pada saya, terletak kelucuan majlis graduasi ini.
Ada sekolah yang mempunyai jubah mereka sendiri untuk majlis ini. Banyak juga sekolah yang menyewa jubah dari sekolah lain atau kolej.
Seandainya saya menjadi pengetua kolej, saya tentu tidak mahu menyewakan jubah kolej saya kepada sekolah, kerana hal ini akan menyebabkan jubah, yang menjadi identiti kolej, hilang nilai ekslusifnya.
Dan sebagai guru kecil pula, saya rasa majlis ini buat peghabih beghaih je...
7 comments:
Eta
Saya sebenarnya baru balik dari menghadiri majlis Graduation anak saya di MRSM Kepala Batas.. Sambutan yang dibuat memang Grand..macam konvokesyen di IPT..siap dengan perarakan masuk pengetua dan pengawai2 Mara..buat cuma di dewan sekolah...tapi meremangkan bulu roma juga bila diumumkan nama-nama pelajar yang berjaya...Kerana penilaian di Mrsm mengikut CGPA..memang ada kelainan berbanding sekolah biasa. Dan ada kelas pertama, kedua atas dan kedua bawah.. dan mereka diberi sijil khas MRSM. Tapi di sekolah biasa saya pun rasa tak berbaloi...
majlis graduasi for the students yang belum periksa?
peliknye.
Kak Eta~~
Sangat setuju 100%. Itu semua hipokrit. Kita cikgu2 yang mengajar art kelas2 belakang "makan hati" tengok lakonan baik budak2 "cerdik" kita.
Walhal dalam kelas itu lah kaki loyar buruk no 1. Patut ada anugerah pengloyar buruk no 1. Kaki tidur no 1. dan lain2 seumpamanya. pandangan peribadi dekni, anugerah Kecemerlangan Akademik di sekolah sudah memadai..Saja nak menambah kheroje cikgu seni menghias pentas.
Pelik kan? Belum periksa dah jadi graduate?
Dekni, Kak Eta dah kirim salam bab hias pentas...
Heheehe... seminggu lagi, tadika tempat saya mengajar akan adakan hari ihtifal mereka pulak. Lebih kurang graduasi untuk anak-anak kecil, pakai jubah dan sijil. Yang peliknya adalah graduasi tu untuk semua termasuk 4 dan 5 tahun yang akan kembali ke tadika tahun depan.heehee...
Lee, budak tadika pakai jubah graduan, comel.
Lepas tu, nak ikut buay prom-night pulak? Amerika betul!
Post a Comment