1 Muharam sudah berlalu. Kini menjelang pula Januari.
Saya mengira-ngira hari. Kerja 2010 sudahpun bermula dengan mesyuarat yang akan berlangsung dalam beberapa jam lagi. Sepatutnya saya sudahpun tidur untuk menyiapkan diri menghadapi tugasan tahun baru. Malangnya mata sukar lelap. Batuk melengking-lengking mengganggu tidur. Aneh, ubat batuk tidak dapat memancing kantuk.
Dalam mengira-ngira hari, saya menyorot kegagalan hasrat cuti hujung tahun - memalit warna pada kanvas bersih. Kotak akrilik kemas tidak terusik... Dan sajak-sajak yang berselerak (yang tidak begitu banyakpun!)
Cuti kali ini padat. Minggu pertama melangsaikan 'hutang' kerja sekolah.
Minggu kedua, membayar 'hutang' dapur - menyediakan masakan kegemaran keluarga kerana tidak berbuat demikian pada hari sekolah. Seterusnya menyiapkan gubahan hantaran adik yang akan melangsungkan perkahwinan. Sebelum ini saya menyediakan gubahan hantaran untuk sepupu. Wah! Rupa-rupanyanya kerja ini mengasyikkan sekali!
Saya selalunya terpesona jika berada di toko buku, kedai alatan melukis, dan kedai pembekal barangan kek (Opps! Dan berlama-lama juga kalau window shopping pakaian dan peralatan rumah!).
Akhir-akhir ini pusat jualan barangan perkahwinan telah termasuk dalam senarai 'perkara-perkara yang mengasyikkan'. Keasyikan saya dengan segala renda, manik dan labuci di pusat jualan ini bermula dengan kerja-kerja kraf untuk kumpulan tarian saya. Peruntukan kecil memaksa saya meluangkan masa yang cukup lama (dan menyeronokkan) untuk menyediakan aksesori bagi busana persembahan. Lalu terhasillah hiasan kepala, pending dan lain-lain seadanya.
Sebaik sahaja kembali dari kampung atas urusan perkahwinan adik yang disertakan juga dengan percutian keluarga, saya kembali sibuk dengan urusan kerja. Sedar-sedar cuti hampir sampai ke penghujungnya.
Kebiasaannya orang akan mulai menyiapkan azam untuk tahun baru. Tapi saya tidak. Mungkin ini suatu sikap yang buruk! Azam selalunya membuat kita lebih bermotivasi, jadi saya puji orang yang sering menetapkan azam dan melaksanakannya.
Yang selalu saya soroti ialah perkara-perkara yang gagal saya lakukan. Hmm...negatifnya!
4 comments:
kak eta,, u r not alone,,hee,,sama la,cuti yg penuh padat dgn mcm2 perihal, tau2 da nak ngadap anak didik 2010, sabo je la,
good in cooking, boleh berhalus2 dgn all the maniks and persiapan hantaran and at the same tugasan guru tak diabaikan.....everything went smoothly for you kan? Best kalau fa boleh buat gitu....hmmmmm....*sigh*
Fa, jangan mengeluh begitu. Untuk pengetahuan Fa, apa yang kak eta hidangkan pada Fa, sebenarnya HANYA itulah yang kak eta tahu...he he..
Kak eta, Fa pun! Puding caramel tu je la yang Fa reti buat...hehehe
Post a Comment