Saya terjumpa sebuah buku nota lama milik saya semasa tinggal menyewa kamar di Minden Height. Buku nota itu penuh dengan coretan sajak. Ada yang selesai digarap dan ada yang tergantung. Banyak sajak yang merakamkan kesunyian....
Di Minden Height, saya memang kesunyian kerana teman saya, Rehan Yaacob, selalu saja sibuk. Dan bila dia pulang, selalunya teman-teman kursus lakonannya, Ema Sulai dan Amy Rhapor, ikut mendatangi, menghalau kesunyian saya dengan jenaka dan tawa.
Kerana selalu kesunyian, terhasillah sajak ini.
Sepi Gugur di Kaca Jendela
Menangkap bayangmu
melintasi rumput
sedang harum cempaka tidak
menyebarkan apa-apa berita,
Khabar, kudakap hampa
rindu yang lintas-melintas
di ruang ingatan
sarat, tidak tereja maknanya
tidak tertangkap gemanya.
Di pintu, kunantikan ketukan
siapalah yang bakal datang
mengusir sepi di kaca.
07.07.87
Minden Height
4 comments:
sesungguhnya menyedihkan....sayu...semestinya sakit angau...siapa gerangan yang bertuah tu..???!
Sayang. Sdr menjadi hanya guru dan melupakan dunia seniman. Tidak tergerakkah mahu kembali menjadi guru yang seniman secara lebih bersungguh?
Bilakah agaknya sajak-sajak tu akan terkumpul jadi buku?
Zahir, tak tahu nak jawab...
Marsli, Nassury, saya takut nak jawab pertanyaan anda berdua...
Post a Comment