Sejak saya bersekolah dan kini menjadi guru, sering saja saya dengar betapa ibu bapa mahukan anak mereka memasuki aliran sains. Mereka datang ke sekolah untuk membuat rayuan agar anak mereka yang ditempatkan dalam aliran lain ditukarkan ke kelas sains. Mereka berpendapat aliran sains mempunyai 'lebih banyak peluang', 'lebih cerah masa hadapan' dan lebih segala-galanya, termasuk berbangga untuk memberitahu bahawa anak mereka berada dalam aliran sains.
Saya adalah mangsa kepada momokan ini! Maka saya tidak mahu memaksa anak-anak saya memasuki aliran sains. Pada saya, kalau cita-cita mereka bukanlah hendak menjadi doktor atau engineer, walaupun straight A's, masuklah aliran sasterapun, kalau itu yang diminati (Tetapi sekolah anak saya, seperti juga banyak sekolah lain; tidak lagi mempunyai aliran sastera yang menawarkan subjek Kesusasteraan Melayu). Dan kerana membenarkan anak yang hendak menukar aliran, seorang guru yang mengajar anak saya berkata, "sayanglah, rugi kalau dia tak ambil sains."
Saya cuma senyum.
Dalam suatu majlis hari terbuka, kepada seorang ibu yang saya temui, saya nyatakan bahawa anaknya yang berada dalam tingkatan tiga itu adalah "talented and artistic", dan dia berkata, " "Oo...yes, she loves art but i want her to do science,because it has greater future."
Saya hanya tersenyum.
Kepada seorang bapa yang beria-ia memohon agar anaknya ditempatkan dalam aliran sains, saya nyatakan bahawa tidak kira lah aliran apa, yang penting dia melakukan dengan baik. Bapa itu mengangguk-angguk, dan saya kira pandangan saya beliau setujui. Keesokan harinya dia menghantar surat merayu agar anaknya dimasukkan ke aliran sains!
Seorang kawan, guru matematik tambahan, berkata, "Lebih banyak peluang apa, kalau math tambah, fizik, kimia, dapat D dengan E!"
Hmm....
2 comments:
Saya juga pernah terkena dengan orang, sebab anak saya belajar dinniyah. Dan mereka cuba menggunakan psychology dengan mengatakan bahawa hanya sains dapat membantu umat islam berjaya.
Sebenarnya nak berjaya amek sastera pun leh berjaya..aku dulu upsr 5A pastu masuk MRSM pastu PMR pun 8A still kat MRSM the SPM sains stream 6A dgn kimia, fizik, biologi dan add math mendapat sekurang2nya B4 then aku amek diploma kimia industri jer kat UiTM pastu jadi kakitangan sokongan gred 29 jer..kawan aku ni lak UPSR 3B 2C pastu PMR 1A 4B 2C 2D pastu SPM aliran sastera dpt 2A 3B 1C 1D 1E pastu dia amek STPM aliran sastera dpt 4Principle then apply ijazaah sarjana muda pendidikan sastera sejarah USM..then jadi cikgu gred DG41..tgk aku sekarang setakat 29 dia dah jadi cikgu gred 41..
Post a Comment