Thursday, April 28, 2011

Kek dan Buku

Hmm....kek keju lapis kiwi....hasil eksperimen yang pada mulanya saya fikir tidak menjadi. Lapisan jelinya lambat sekali membeku. Lalu tidak sempat dihidang kepada suami sebelum dia berangkat ke luar negara (maaf, kanda!).

Sudah lama tidak bereksperimen dengan kek. Sesudah menemui beberapa resepi yang disukai oleh keluarga dan teman-teman, saya sering sahaja mengulangi resepi yang sama. Tetapi baru-baru ini tergerak hati hendak mengubah-suai resepi yang sudah saya mesrai.


Kek keju ini adalah paduan lapisan kek sponge kiwi, dibakar kemudian dilapis diatasnya resepi kek keju Boston, dibakar sekali lagi. Sesudah sejuk dituang adunan kek keju tanpa bakar, dibiar mengeras kemudian disusun potongan buah kiwi lalu dituang lapisan jeli. Aduh... penatnya!

Anak-anak suka, tapi untuk tekak saya terasa agak manis (saya kurangkan gula daripada resepi saya yang memang sudah sedia kurang gulanya). Sedikit manis dan sedikit masam kiwi, bergabung lemak lapisan keju.

Bekas ini pernah saya isikan kek untuk teman yang baik. Ho... ho... dan dia membalas pemberian saya dengan tiga buah buku! Saya tidak mengharapkan sebarang 'balas bekas', tetapi pemberian buku tidak dapat saya tolak! Sukanya!!

Tiga buah buku ini bergabung bersama beberapa buku baru dari Pesta Buku Antarabangsa KL.




7 comments:

nur adibah ahmad shukri said...

cantiknya kek...mcm dlm buku...ruginya dba x sempat rasa.huhu

Rositah Ibrahim said...

Nanti boleh buat lagi...

idea semulajadi said...

ilham balik nnt de lg x???????

AZNI BINTI MAT ISA said...

kak eta,,cantiknya kek tu macam kat kedai,,lawaaaaaaaa))) dan mesti confirm cedap hehe

Rositah Ibrahim said...

This cake is too rich...honestly. Tekak tukang buat tak leh terima. Tapi anak-anak suka.
Ilham, nanti umi buat lagi, tapi nak tukar kiwi ke peach dan oren pulak.

NASSURY IBRAHIM said...

eeeeeeeee sedapnya

Rositah Ibrahim said...

Sdr Nassury suka kek keju ke?