Alhamdulillah. Kelahiran yang dinantikan. Terima kasih kepada rakan-rakan pembaca blog yang menggalakkan saya agar menyusun koleksi sajak saya menjadi sebuah antologi. Tanpa galakan mereka, sungguh, saya tidak punya keyakinan untuk melihat hasil tulisan saya serupa ini.
Lebih menggembirakan kerana editor memahami hasrat saya hendak mengabadikan catan saya sebagai kulitnya. Ya, persembahan yang sungguh saya senangi.
Seorang rakan penulis menghantar SMS (membalas SMS saya sebenarnya), 'Semoga sajak-sajaknya memberikan duga dan cabaran, bukan hanya kata-kata yang dideretkan sebagai sajak'. Suatu peringatan yang bermakna. Masih banyak yang perlu dipelajari. Dalam usia sebegini senja, saya umpama bayi yang baru bertatih. Semoga rakan-rakan terus hadir memberi semangat dan dorongan.
2 comments:
Tahniah, Kak. Rasa kagum dan tumpang bangga. Akan saya dapatkan nanti.
*Sibuk ye...huhuhu saya pun sibuk kat sekolah Kak. Siapa cakap cikgu cuti banyak, tapi mereka tak tahu yang kerja bertimbun tu kena siapkan dalam hari persekolahan.
Kak, akak cakap akak hantar manuskrip tu, 2 Februari 2012 kan? Jadi tempoh penilaiannya berapa lama?
Terima kasih.
Bulan Ogos saya diminta hantar soft copy.
Terima kasih sekali lagi atas sokongan.
Post a Comment