Sewaktu membalut buku teks Najaa, ada dua perkara yang terlintas dalam fikiran.
Pertama, kenangan terhadap aktiviti 'berkumpulan' bagi kakak-kakaknya suatu ketika dahulu. Saya membantu sewaktu mereka masih belum diharapkan untuk memegang gunting tanpa pengawasan. Apabila Najaa memasuki darjah satu, buku-bukunya dibalut oleh kakak-kakak, yang dalam masa yang sama membalut buku mereka juga.
Kini, kakak-kakaknya hanya tinggal seorang yang masih bersekolah (dan menerima buku teks yang sudah berbalut plastik). Tiada lagi aktiviti membalut buku beramai-ramai.
Keduanya kenangan bersama buku.
Saya hanya memperoleh pinjaman buku teks sewaktu berada dalam tingkatan lima. Permohonan mendapatkan buku teks sebelumnya tidak pernah berjaya, dan saya tidak kesalpun. Sebaliknya saya lega. Saya lega kerana saya 'terselamat' daripada mengguna buku teks yang rata-ratanya lunyai. Arwah ayah pula tidak mendesak untuk membuat rayuan.
Waktu itu saya tidak fikirkan kesusahan orang tua menabung untuk memastikan buku-buku keperluan saya mencukupi. Apa yang saya fikirkan hanyalah keseronokan ke kedai buku bersama-sama ayah - membeli buku keperluan sekolah, dan yang tentu tidak tercicir adalah sebuah dua novel yang menarik perhatian saya, akan termasuk dalam senarai.
Dan saya menggunakan buku teks dengan cermat. Buku teks sentiasa berada dalam keadaan baik. Berbalut plastik jernih dan terjaga rapi sehingga diturunkan kepada adik saya. Kebiasaannya pada tahun berikutnya pula, jiran saya akan membelinya dengan separuh harga.
Melayani kenangan itu, terfikir saya, apakah generasi kini tahu untuk menghargai buku-buku teks yang diberi pinjam kepada mereka. Saya terfikirkan hal ini kerana beberapa insiden di sekolah.
Suatu ketika, sewaktu berlangsung peperiksaan pertengahan tahun; seperti kelazimannya murid dikehendaki meletakkan buku teks mereka di luar bilik darjah. Hari itu adalah hari terakhir peperiksaan dan keesokan harinya cuti pertengahan selama satu minggu akan bermula.
Sebaik tamat cuti persekolahan, sungguh saya kecewa apabila saya kembali ke sekolah kerana mendapati bukan dua tiga buah, malah bukan juga lima enam buah buku teks yang ditinggalkan begitu sahaja di luar bilik darjah. Sebaliknya berlonggok-longgok di sepanjang tepi dinding kelas. Koridor bilik kelas terdedah kepada matahari dan hujan. Sedikitpun anak-anak sekolah ini tidak memikirkan keperluan buku teks ini kepada mereka, malah tidak fikirpun untuk menjaga buku yang mereka pinjam itu. (Dalam masa yang sama, saya akui juga guru terakhir yang mengawas peperiksaan seharusnya memastikan juga agar murid mengambil kembali buku-buku pinjaman mereka itu sebelum melepaskan mereka balik).
Lalu sayapun bertindak 'kejam' - kesemua buku yang ditinggalkan selama seminggu itu saya kutip dan serahkan kepada AJK Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Memang kerap saya bertindak menyerahkan sahaja buku teks yang saya temui ditinggalkan di merata-rata tempat. Walaupun tertera nama dan tingkatan peminjam pada buku tersebut, saya tidak berusaha mencari pelajar terbabit. Kalau pelajar tersebut sedar akan kehilangan buku, pasti laporan dibuat. Tetapi laporan tidak pernah dibuat, dan mereka hanya sedar buku mereka tidak cukup bilangan sewaktu hendak menyerahkan kembali kepada AJK SPBT.
Murid juga rata-ratanya lebih suka meninggalkan buku-buku teks di dalam meja (bagi sekolah satu sesi) bilik kelas. Dalam hal inipun, saya bertindak kejam juga. Sekiranya saya adalah guru pada waktu terakhir untuk hari itu, saya arahkan kesemua murid agar mengosongkan meja sebelum balik. Pada saya, buku yang diberi pinjam itu untuk dibaca, dirujuk, selepas sesuatu topik diajari guru. Jika ditinggalkan begitu sahaja di dalam meja kelas, SIAPA yang hendak menelaahnya?
Sekiranya sewaktu saya mengajar, ada murid dari kelas lain yang datang untuk meminjam buku daripada kawan-kawan mereka, pun saya tidak benarkan. Sudah diberi pinjam, bermakna sudah memiliki buku, lalu kenapa tidak dibawa? Terlupa? Atau sudah hilang kerana ditinggalkan merata-rata?
Dalam insiden yang lain, seorang murid ditahan slip keputusan peperiksaan SPM. Dia hanya menghantar buku SPBT setelah keputusan SPM diumumkan, tapi dia tidak membayar denda kerana menghantar buku SPBT lewat (seperti denda kerana lewat mengembalikan buku perpustakaan). Mahu tidak mahu akhirnya dia akur kepada denda yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Saya percaya jika kita mudah mendapat sesuatu, kita tidak pandai untuk menghargainya. Inilah nasib buku teks di tangan anak-anak yang meletakkan pelajaran sebagai perkara yang boleh dibuat sambil lewa.
6 comments:
Teringat dulu kami adik beradik balut buku pinjaman dengan kertas minyak yang warna cokelat tu. Ada jugak kawan2 Fa yang balut pakai suratkhabar je....tapi buku tetap dijaga rapi.
Kak Eta, sebilangan generasi muda sekarang mengambil mudah segala2nya kerana mereka tidak memahami kegetiran hidup,, celik mata semuanya tersedia,, jangan kata anak2 murid kita,, anak sendiri pun jika "buat perangai " mudah sangat kita ni mengalirkan air mata. Bukan mudah mendidik anak2 juga anak didik pada zaman IT yang serba pantas ini,, modal insan dilaung2kan tetapi pelaksanaannya tidak semudah yg di war2kan. Mudah2an kita berjaya mendidik anak2 kita juga anak2 didik menjadi manusia berguna di dunia dan di akhirat. amin.
buku teks anak, saya hanya perlu beli sekali sahaja iaitu untuk anak pertama. maka bila sampai anak ketiga, keadaan buku taklah seindahnya. untuk mengambil hati anak sedikit, saya balut dahulu buku dengan kertas balut hadiah terpakai, kemudian barulah dengan plastik.
alhamdulillah Ita, tak sangka topik ni sesuatu yang dapat dikongsi bersama.
Saya juga tak bersetuju dihapuskan yuran pendaftaran peperiksaan.
Halo, saya Mr Rapheal Williams, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberi hidup waktu kesempatan pinjaman. Apakah Anda memerlukan pinjaman untuk melunasi utang Anda atau Anda membutuhkan pinjaman untuk meningkatkan bisnis Anda? Anda telah ditolak oleh Bank dan lembaga keuangan lainnya? Apakah Anda memerlukan konsolidasi pinjaman atau hipotek? mencari lebih banyak karena kami di sini untuk membuat semua masalah keuangan Anda dari masa lalu. Kami meminjamkan dana kepada individu membutuhkan bantuan keuangan, yang memiliki kredit yang buruk atau membutuhkan uang untuk membayar tagihan, untuk berinvestasi pada bisnis pada tingkat 2%. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu Anda bahwa kami menyediakan bantuan yang dapat diandalkan dan waris dan akan bersedia menawarkan pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui email hubungi kami via
Email: raphealwillaims.loanfirm2015@gmail.com Terima kasih, kami berharap untuk prompt Anda menjawab.
Mr tanda Rapheal Roland Email: raphealwillaims.loanfirm2015@gmail.com
Hubungi kami:
via BBM INVITE: {D8980E0B}
WhatsApp: (+ 44) 7480 729811
Tel .... (+ 44) 7480 729811
Apakah Anda memerlukan pinjaman yang sah, jujur, bereputasi dan mendesak? Pencarian Anda untuk pinjaman yang sah berakhir di sini hari ini karena kami di sini untuk memenuhi kebutuhan keuangan Anda. Jika Anda telah ditolak pinjaman oleh bank atau lembaga keuangan dengan alasan apa pun jangan khawatir lagi tentang masalah keuangan Anda karena kami adalah solusi untuk kemalangan finansial Anda. Kami telah menyediakan Miliaran (mata uang berbeda) dalam pinjaman bisnis kepada lebih dari 32.000 pemilik bisnis. Kami menggunakan teknologi risiko yang kami tentukan sendiri untuk memberi Anda pinjaman bisnis yang tepat sehingga Anda dapat tumbuh urusanmu. kami menawarkan pinjaman untuk semua jenis dengan tingkat bunga rendah dan juga jangka waktu untuk membayar kembali pinjaman. Apakah Anda memiliki kredit yang buruk? Apakah Anda memerlukan uang untuk membayar tagihan? Atau Anda merasa perlu memulai bisnis baru? Apakah Anda memiliki proyek yang belum selesai karena pendanaan yang buruk? Apakah Anda memerlukan uang untuk berinvestasi dalam spesialisasi apa pun yang akan menguntungkan Anda? ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY bertujuan untuk menyediakan layanan keuangan profesional yang sangat baik e_mail: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)
Post a Comment