Tertangguh-tangguh kerana tidak memiliki koleksi gambar sendiri.
Kemudian tertangguh-tangguh lagi kerana beberapa peristiwa yang meruntun hati kita semua.
Tapi untuk catatan peribadi, saya masukkan juga. Gambar-gambar untuk entri blog ini saya 'pinjam' daripada fb kawan-kawan.
Judul entri juga tidak ada kaitan dengan tema hari guru tahun ini, tapi dalam menepati tema pakaian yang ditetapkan Kelab Guru, berlakulah tranformasi yang tidak disangka-sangka!
Tema tahun ini fesyen retro mengikut tahun kelahiran.




Ina dan As menjadi pengapit ustazah kita yang vogue belaka.Selepas sambutan Hari Guru, kerja menunggu seperti biasa. Dan dalam kesibukan itu, foto-foto yang dimuat-naik ke laman FB menjadi bahan tawa yang meredakan ketegangan kerja.
Dan sepanjang cuti sekolah ini, rakan-rakan guru bergelut dengan timbunan kertas peperiksaan yang perlu ditanda.
Dan sepanjang cuti sekolah ini, rakan-rakan guru bergelut dengan timbunan kertas peperiksaan yang perlu ditanda.








2 comments:
Eta...bukan nak puji.. tapi sporting habis cikgu=cikgu ni... kalau sekolah uda entah le...
nak bertukar fesyen tudong pun susah...ini kan pula nak ikut fesyen retro...
Uda, memang sporting dan bersungguh-sungguh dalam semua hal. Kalau untuk hari sukan tahunan,misalnya; cikgu lagi beria-ia daripada budak! Masalah tu! Sebabnya macam mana nak latih budak berdikari - buat khemah, urus itu ini, selesaikan masalah - patutnya budak la...tapi cikgu pulak macam tak puas jadi budak sekolah! Semua nak buat!
Post a Comment