Hati kita boleh tersentuh dengan perkara-perkara yang kadang-kadang tidak diduga.
Hari saya bermula dengan sakit kepala yang berdenyut-denyut. Sebenarnya sudahpun berdenyut sejak semalam, tapi saya tidak endah untuk mengambil ubat.
Di sekolah, denyutannya semakin menjadi. Segera bersarapan dan mengambil ponstan, saya berharap sangat agar sempat lega sebelum kelas saya bermula. Malangnya hal itu tidak terjadi. Jadi saya berterus terang saja dengan murid saya bahawa saya sedang melawan sakit kepala. Selepas memulakan sedikit tunjuk cara, saya minta mereka meneruskan latihan. Seorang murid berkata, "cikgu, cikgu rehat la, biar kita orang buat kerja," Aduh! tidak mampupun untuk menghadiahkannya senyuman buat murid itu. Saya membayangkan mana mungkin boleh rehat kalau kelas tidak dikawal!
Oh! Jujur rupanya pernyataan murid yang belum sempat saya kenali itu. Memang saya tidak perlu berbuat apa-apa untuk mengawal kelas. Mereka tekun saja melukis. Tidak berbuat bisingpun. Begitu juga dengan kelas berikutnya.
Mungkin hal ini perkara kecil bagi kebanyakan orang, tapi saya tersentuh kerananya.
No comments:
Post a Comment