Thursday, May 17, 2012

GK

Ada orang gila kerja. Ada orang gila kuasa. Jenaka dalam kalangan rakan-rakan rapat adalah GK. Kebiasaannya orang yang gila kerja tak gila kuasa. Tapi orang yang gila kuasa tak suka kerja! Kalau ada dalam kalangan kami yang menyanggupi kerja yang yang bukan wajib (dan selalu saja ada!), maka digiat oleh yang lain sebagai gila kuasa (sebenarnya gila kerja).

Apabila ada seseorang yang bukan berada dalam organisasi, tetapi menyanggupi untuk turut serta konon untuk membantu, kami yang berada dalam sebuah jawatan kuasa ibarat menadah nyiru. 'Tokoh' tersebut ingin mengadakan perjumpaan dengan jawatan kuasa kami walaupun dia bukanpun AJK PIBG. Malangnya dalam  perjumpaan tersebut kami tidak dapat melihat bayangan sebarang bentuk bantuanpun. Tokoh tersebut hanya mencerca dengan bahasa yang berlapik, dan tidak memberi sebarang peluang untuk kami bersuara. Pada akhir perjumpaan dia meminta ketua AJK memberinya laporan tentang perkara yang konon akan dibantunya itu.

Saya kemudiannya mendapat tahu, tokoh tersebut adalah bekas pengurus sebuah organisasi besar. Kini bersara dan punya banyak masa senggang. Saya juga mendapat kabar bahawa dia tidak disenangi oleh AJK PIBG kerana beberapa sebab. Saya tergelak di dalam hati. Hah! Inilah sebenarnya GK (Gila Kuasa)!

2 comments:

roslaini saad said...

Eta..jenis begini laa bila tak dilantik dalam pemilihan...akan jadi parti pembangkang...semua yang dibuat tak betul...hahha sebenarnya dia GK.

Rositah Ibrahim said...

ha ha ha....masa dalam perjumpaan tu hati kami rasa sakit. Tapi selepas perjumpaan terasa lucu pula! Kesian....gila kuasa!!