Saya tidak berada di sekolah pada hari pertama persekolahan. Tugasan rasmi menuntut saya berada di tempat lain. Dunia FB, meski tidak berada di sekolah, saya dapat ikuti jua perjalanan hari pertama di sekolah saya bertugas. Melalui FB juga saya mengetahui beberapa kes murid tahun satu yang terlekat kepala pada palang kerusi. Dalam saya berharap agar guru tidak dipersalahkan, terbaca kenyataan seseorang yang mengatakan mungkin sebab guru asyik melayani candy crush! Walaupun saya percaya itu hanya komen jenaka, tertoreh jua hati ini. Alangkah bodohnya kami kalau melayani candy crush pada saat yang cukup sibuk itu. Dan alangkah bangangnya (erghhh! saya benci perkataan ini!) si pelontar komen ini kerana hendak berjenaka tidak kena tempat!
Selain pengurusan kelas, kesibukan awal tahun biasanya didahului dengan melengkapkan buku rekod mengajar kami. Seminggu atau dua minggu sebelum persekolahan bermula, kami sudahpun sibuk menyiapkan perancangan tugasan yang kami terima semasa mesyuarat tahunan sebelum penggal persekolahan bermula. Saya kerap terfikir alangkah baiknya jika pihak pentadbiran sekolah dapat menetapkan tugasan tahun berikutnya sebaik cuti bermula supaya kami punya masa yang panjang dan tidak terkejar-kejar untuk menyiapkan serba serbi dalam masa dua minggu.
Dalam zaman segala-galanya memerlukan komputer, alangkah baiknya jika KPM menjadi lebih canggih. Kalau kami guru boleh menggunakan komputer untuk mencatat rekod mengajar, mengapa tidak KPM menyediakan buku rekod mengajar yang khusus untuk hal itu? Tidaklah kami harus menampal catatan rekod mengajar yang kami buat menggunakan komputer ke dalam buku konvensional, yang apabila tiba ke pertengahan tahun ketebalannya menjadi berganda.
Saya tidak mengeluh. Cuma berharap beberapa hal yang remeh tidak terus-menerus mencuri waktu. Zaman serba pantas ini, kami guru dikehendaki bergerak pantas. Alangkah baiknya kalau server KPM yang lambat dan sering kali tergendala itu pada tahun ini menjadi sepantas FB!
2 comments:
Selamat Tahun Baharu Kak. Dengar kata RPH akan dilaksanakan online. Tapi tak tahu bila.
Apa perkembangan terbaru penulisan?
Terima kasih Helmi. Maaf kak eta baru membalas mesej helmi.
Blog Helmi kak eta ikuti, tapi tidak meninggalkan sebarang komen. Sebabnya tidak suka terpaksa 'prove myself that i'm not a robot' yang dipinta setiapkali kita hendak post komen!
Post a Comment