Saturday, February 1, 2014

Rak Buku



Rak buku saya sudah kritikal!

Struktur rak kuat sebenarnya, tapi papan pelapiknya yang tidak cukup kukuh untuk menahan beban. Mungkin buatannya lebih khusus untuk pemilik yang mempamer beberapa buah buku sebagai pelengkap hiasan di ruang tamu. 

Mula-mula saya hanya membeli tiga buah rak yang bersaiz 3kaki kali 7 kaki ini. Harganya sekira-kira mampu untuk saya. Oleh kerana buku-buku kelihatan kemas teratur dan masih ada buku-buku yang perlukan ruang, saya menambah lagi tiga buah. Tidak lama saya menikmati kegembiraan menatap buku-buku yang tersusun mengikut kategori, kerana bilangan buku cepat membiak, dan papan pelapik semakin lama semakin melentur. 

Kalau saya banyak wang, sudah tentu saya menempah rak khas. Kalaupun saya boleh menggantikannya dengan rak yang kukuh, saya sudah tidak kecukupan ruang lagi kerana bilik buku ini juga adalah ruang untuk saya berkarya di atas kanvas. Atau kalau saya pandai bertukang, saya gantikan saja papan pelapiknya dan menyangga bahagian tengah dengan tiang kayu agar kuat menampung beban. Ah! Banyaknya ber'kalau'! Saya perlukan tukang! Itu saja penyelesaiannya buat masa ini.




1 comment:

Tetamu Istimewa said...

Banyak koleksi bukunya tu, kak.

P/S: Kak, buku saya Tetamu Istimewa telah pun terbit. Jika berminat boleh pesan terus daripada saya. Maklumat lanjut boleh rujuk di blog saya. Terima kasih.