Wednesday, September 16, 2009

Serupa Tapi Tak Sama

Buku di atas adalah antara buku yang menjadi rujukan pelajar kesusateraan. Saya temui buku yang sama tetapi terbitan yang jauh lebih awal (di bawah) dalam koleksi suami.

Semasa mengemas barang-barang milik peribadi sebelum meninggalkan asrama Seroja, saya terjumpa buku di bawah. Puas saya tanyakan teman-teman sebilik, tetapi tiada yang mengaku sebagai pemilik. Saya tanyakan jika ada sesiapa yang hendak menyimpannya, semua menggeleng. Daripada ditinggalkan begitu saja, lebih baik saya simpan, bukan begitu?

Buku di bawah sudah saya mesrai sejak saya belum pandai membaca! Topiknya lebih kurang sama dengan buku di atas.

Setiap kali balik ke rumah nenek, saya menemukan buku ini. Bila nenek ikut berpindah dan tinggal bersama kami, buku ini ikut sekali berpindah rumah. Bila saya pula berpindah kerana berkahwin, saya membawa buku ini bersama-sama. Buku ini diterbitkan pada tahun 1960; usianya lebih tua daripada saya! Pada bahagian-bahagian muka surat yang separa kosong terdapat lakaran saya sewaktu kecil. Sebab itulah buku ini menjadi bagai suatu nostalgia buat saya.

Lihat, alangkah berbeza mutu dan kaedah percetakannya! Sengaja saya tunjukkan kulit belakangnya sekali.

Buku berikut tidak ada apa-apa persamaan dengan mana-mana buku yang saya tampilkan dalam posting ini.

Sewaktu mula-mula mengajar pada tahun 1990, saya bertugas di SMK Puteri Wilayah, di Kampung Baru. Saya mengajar sesi petang. Dalam perjalanan ke sekolah saya melalui Pustaka Antara. Sering saya keluar awal dari rumah dan menghabiskan masa di situ. Buku di bawah saya temui di kedai buku tersebut.

Selain itu ada dua buah buku cerita kanak-kanak terbitan lama yang saya beli kerana ilustrasinya sangat cantik. Sayangnya buku itu akhirnya terkoyak di tangan anak-anak yang masih kecil ketika itu, dan helai-helaiannya hilang semasa berpindah rumah.

Buku di atas juga mengingatkan saya pada sebuah buku berjudul The Malay Sketches (Terlupa pulak nama penjajah yang menulis buku ini. Ada sesiapa teringat nama penulisnya? Tolong beritahu, ya!). Walaupun membacanya membuat hati menjadi sakit, sayang pada buku itu tetap ada. Buku itu saya peroleh sewaktu guru pusat sumber sekolah hendak menghapus-kira buku-buku lama. Saya dengan segera menyambarnya, di samping beberapa buku lain. Sayang sekali buku ini telah tiada dalam simpanan. Mungkin tercicir semasa berpindah rumah, atau mungkin juga semasa bertukar sekolah.

6 comments:

AZNI BINTI MAT ISA said...

wah bagusnya koleksi buku2 kak eta. patut akak keja kat library Shah Alam. Memang pecinta buku2 lama. teruskan kecintaan itu

Rositah Ibrahim said...

Sebenarnya dok tunggu orang muzium Shah Alam panggil... he he!

AZNI BINTI MAT ISA said...

ha g taw si gemagong..pe la aris ni. Kak eta ni seorang yang hebat. tapi memang bes keje situ kak eta. u akan tekun dok berjam2 tanpa jemu.hehe..Hello gemagonggg gongg gongg ...( bunyi ala2 berdegung )..r u listening gemagong gong gong

Anonymous said...

Penulis Malay Sketches,ialah Sir Frank Athelstane Swettenham, tak silap saya residen pertama Federated Malaya. Tapi belum pernah baca buku itu, cuma petikan-petikan yg terdapat dalam sesetengah rencana...I suggest you baca A.W. Graham, about Kelantan...best tau? The Chersonese is Gliding Off by Emily Innes pun best gak..

Anonymous said...

Bapa saudara banyak koleksi buku lama, oooh..sungguh seronok saya membelek setiap buku-buku tu, bagaikan dunia ini ana yg punya, bak kata P.Ramlee...ada berbahasa Inggeris juga. Ada juga buku pantun lama...ejaan lama. Seronok membaca, beratus-ratus pantun. Ahh...banyaklah buku-buku klasik termasuk Kitab bahasa melayu oleh Zaaba...tak tahulah masih ada lagi atau tidak, sejak dia berhijrah ke Sabak,dua almari besar buku-bukunya ditinggalkan di Pasir Puteh.

Rositah Ibrahim said...

Yulie, thanks for the info. Kalau bapa saudara tak nak buku-buku tu, sedekah je la! Kita berbahagi! Ha ha tau je lah, pencinta buku tak kan buat gitu!