Semalam, sesudah berbuka, saya berehat-rehat sementara menunggu giliran bilik air (macam cerita P Ramlee pulak!), saya 'tertonton' sebuah rancangan TV (tidak pasti dan tidak ambil tahupun saluran mana). Rancangan itu adalah rancangan komedi dan pasti saja bertujuan untuk membuat anda ketawa. Malangnya saya menjadi sakit hati! Saya menekan butang info, lalu tahulah saya bahawa rancangan itu diterbitkan oleh seorang celebrity yang mempunyai ijazah dari sebuah IPT terkemuka. Memanglah sudah diketahui umum bahawa lebih kurang demikianlah hasil kerja watak ini. Saya jadi tertanya-tanya sendiri, bila 'tokoh' ini hendak menjadi lebih cerdik? Sekurang-kurangnya jagalah martabat ijazah yang dimilikinya.
Stesen TV diterajui oleh orang-orang berpendidikan, tetapi anehnya rancangan yang dipilih untuk disajikan kepada penonton, banyak yang tidak mempunyai pengisian apa-apa. Jenaka murahan seperti yang dihasilkan oleh 'tokoh' ini yang dibeli untuk disiarkan buat hiburan penonton.... Penonton bukan bodoh! Baiklah tonton rancangan Tom And Jerry Show!
Saya tutup TV!
Bercakap tentang rancangan TV, saya lebih rela menonton ulang tayang filem P Ramlee. Dan saya tahu saya tidak keseorangan dalam hal ini. Saya ternanti-nanti untuk mendengar alunan Tunggu Sekejap dalam Sarjan Hasan. Getaran Jiwa, Jeritan Batinku dan banyak lagi yang tidak puas didengar. Berapa kali sudah menonton Kasim Selamat (opp Ibu Mertuaku), sepatutnya sudah tidak terasa lagi keharuannya. Tapi saya tetap sebak apabila mendengar suara Mami yang penuh keibuan itu menyapa Kasim yang tertidur di halaman rumahnya.
Usia bidang penyiaran negara kita semakin tua, tetapi tidak semestinya semakin tua semakin matang....
Saya tidak nafikan ada rancangan TV yang baik, tetapi yang sampah lebih banyak.
5 comments:
Saya setuju! Baik tengok jenaka dalam Labu Labi.
Sedih sangat tengok Kasim Selamat masa dia nak cucuk mata dia dengan garpu dalam bilik tu. Masa tu dia nampak handsome betul!!
Dalam hati saya...untungnya Combi sebab dapat Kassim Selamat!
Sama macam....untungnya saya dapat Atip ! hehehehe....
asw...kat sini pun nak beromantik gak ya...he2..
Eta...TV kita wajah kita..sebahagian dari drama-drama tu patut masuk astro ceria aje...untuk kanak-kanak bawah umur...tapi tom & jerry memang best di tonton tak bosan
Aduhhh..Tom and Jerry,...sampai sekarang kucing dibuli dek tikus....favourite si kecik kat rumah.
Saya tak nak mengaku TV kita wajah kita... sebab wajah kita nampak lebih cerdik... he he
emmm..ITU LAH MALAYSIAAA..Satu Malaysiaaa..
ITU INI..BEGITU BEGINI..BEGITU LAH JUAAA...
Jadinya begitu sebab banyak atau ramainya cerdik MEMANDAI MANDAI kat atas sana..apa nak buatt saboooo jer lerrr..!
Post a Comment