Nasi kerabu buat berbuka
juadah diramu cara tradisi
Sesama dikongsi saudara tetangga
Limpah rezekimu mohon diberkati
Tidak lengkap hidangan nasi kerabu andai ulamnya tidak diramu bersama pucuk serai kayu ini. Rasanya sedikit kelat, tapi kelat yang sedap. Apa lagi jika teradun bersama bunga kantan, kacang panjang dan timun, dan saya suka kalau ada sekali daun salad Cameron. Di Selangor, hirisan daun kubis pun turut dicampur beserta taugeh.
Pokok serai kayu ini ada sejarahnya.
Semasa tinggal di Gombak, seorang kawan membawa anak pokok yang kecil. Saya membawanya balik dan menanamnya. Subur tumbuhnya walaupun saya memiliki yellow fingers(!), iaitu lawan green fingers!
Bila berpindah ke Puncak Alam, pokok itu dibawa bersama tapi hayatnya tidak lama. Saya lalu meminta emak saudara bawakan anak pokok ini. Mak Su bawa dua, yang kekal hayatnya satu. Yang satu inipun saya dapati telah diserang kulat.
Di Kelantan, pokok ini tidak ditanam orang. Tumbuhnya subur saja antara semak-samun.
Nasi Kerabu, nasinya ada tiga warna. Warna kuningnya daripada kunyit, dicampur dengan daun limau purut. Yang berwarna biru diperoleh dari bunga telang. Pokok ini pun ada di rumah saya. Senang saja tumbuhnya. Dan ada yang berwarna asalnya, iaitu putih. Saya lebih suka yang putih.
Lauk nasi kerabu ada pelbagai. Agaknya yang paling sinonim dengan budaya Kelantan adalah solok lada dan ikan goreng celup tepung. Lain-lain lauk - daging bakar, ayam goreng, telur asin, keropok... Pada saya cukup ikan goreng celup tepung, telur asin dan keropok.
Tapi tidaklah nasi kerabu namanya kalau tidak ada sambal tumisnya beserta kelapa parut bergaul isi ikan, bawang, serai dan lada hitam.
6 comments:
Mmmm.....nasi kerabu is one of my favourite. Lagi best makan dengan daging bakar...and budu kena letak lebih sikit, baru ngam.
hoih, dok cerita pasal nasik kerabu pulak! isyy..isyy...
Eta...sedapnya..Nasi kerabu Kelantant , kalau dimasak oleh orang Kelantan..lagi sedap.
Kawan-kawan, kalau nak rasa Nasi Kerabu Eta, silalah ke Puncak Alam. Insyaallah boleh sediakan. Tapi kalau nasi dagang mintak maaf, belum habis menuntut...
bunga telang saya tak kenal , kalau bunga lalang tahu la...he2..dan yang hebatnya saya tak pandai makan nasi kerabu walaupun ada di jual di gerai stesen keretapi muzium
gemagong,
Jering, kerdas tak makan tak pe. Tapi nasi kerabu wajib cuba. Letak budu dalam 5 atau 6 sudu....hehehe.....
Post a Comment