Life is not a bed of roses...
But a bed of celery stalks
For this garoupa have been bathe in pepper and salt...
And other garnishing to add oomph to our taste bud
And into the steamer I see you off!
Waktu dulu-dulu, arwah ayah bila turun ke KL, akan membawa kami adik beradik ke Kampung Baru untuk menikmati ikan kukus. Saya tidak ingat nama restorannya, tapi yang saya ingat sekeliling restoran didindingi pokok-pokok buluh. Yang gemarkan ikan kukus ayah seorang sahaja. Saya suka ikan bawal masam manis (yang kalau dibuat sendiri tidak pernah menjadi sedap!). Arwah emak dan adik-adik memilih menu lain.
Tapi itu cerita lebih 20 tahun yang lalu... Waktu itu saya tidak pandai memasak apa-apa!
Sekarang saya suka ikan kukus, dan suka juga menyediakannya. Masakan ini sudah menggabung tiga perkara yang perlu ada dalam sajian kita - ikan, kuah dan sayur. Jimat masa dan tenaga. Dan sihat pula. Cuma arwah ayah tidak sempat merasai air tangan saya...
7 comments:
Macam dah berjanji pulak.
Baru je Atip buat steam fish.
Nanti I masukkan dalam entry. :)
Saya tak pandai masak sebenarnya...tapi bila masak ikan kukus ni kat kampung...mak mertua suka rupanya..hehehe...
ASW, ada sorang pegawai pelajaran yang anaknya jadi chef, bagi petua; masukkan batang seleri sekali.
Ude, saya pun bukan pandai sangat bab sediakan lauk pauk ni. Balik-balik ulang menu yang sama. Kadang jadi sedap kadang tidak...
moga ia menjadi air tangan saorang ibu yang akan menjadi kerinduan kepada anak-anak nanti...
kata orang....nak memikat hati saorang suami ikat selera nya...orang kata la...
Kak Eta~~
Dekni stuju dgn kata Tuan Gemagong.Air tangan Kak Eta tu akan buat anak2 ingat masakan mumy nya yg tersedap walaupun telur goreng.
ikan kukus ni selalu menjelma dan menjadi masakan kegemaran isteri saya. seingat saya, mak atau mak mertua saya tak pernah menyediakan masakan tu.
Aris dan Dekni,
setuju sangat. Dan naluri ibu, waktu kesemua anak berada di rumah, mula-lah rasa nak masak macam-macam, tapi kudrat kadang-kadang tak ada!
Atip, Ude, Rahimidin,
mungkin kita boleh saling berkongsi pelbagai versi resipi ikan kukus.
Post a Comment