Majlis Bicara Tokoh : Budayanita Kelahiran Selangor Dr Siti Zainon Ismail, anjuran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan, bertempat di Muzium Alam Shah, Shah Alam, Selangor, pada 24 Februari 2010.
Wanita ini adalah tokoh yang saya kagumi sejak saya berada di bangku sekolah menengah. Saya ikuti tulisan-tulisannya yang tersiar di majalah atau akhbar. Juga memiliki buku-bukunya. Pernah, wang poket cuma RM 50, tetapi berani membeli sebuah bukunya yang ketika itu berharga RM 30(jumlah yang besar untuk seorang pelajar ketika itu)! Ya, beliau penyair dan pelukis, dan dalam masa yang sama gigih menjalankan kajian ke atas segala bentuk kraf dan budaya tradisi Melayu.
Kali pertama saya melihatnya adalah sewaktu beliau ke ITM sebagai penilai luar jemputan. Saya ketika itu mungkin tahun dua atau tahun tiga. Saya tidak berani menegurnya. Malu sebenarnya! Saya cuma melihatnya dari jauh. Wah! Betapa gengsinya! Bercelana dipadankan dengan kemeja kotak-kotak merah-hitam. Tali pinggang lebar (trend waktu itu) dan berantai panjang.
Anak-anak murid saya kebanyakannya tidak cuba untuk mengetahui tentang tokoh-tokoh kebanggaan kita. Mereka membaca karya-karya yang termuat di dalam KOMSAS, tetapi tidak berusaha untuk mengenali pengkaryanya.
Jadi saya sangat gembira apabila memajukan usul membawa murid ke majlis ini, agak ramai yang menyatakan minat untuk turut serta. Saya berpesan juga, sebelum ke majlis pastikan mereka mencari maklumat tentang tokoh ini. Paginya, sebelum bas bergerak, saya bertanya siapa yang ikuti saranan saya. Wah! Bangga saya melihat banyak tangan teracung, mengakui bahawa mereka mencari dan membaca maklumat tentang Dr Siti Zainon Ismail.
Majlis dirasmikan oleh Datuk Dr Hassan Mohamad Ali. Seterusnya dikendalikan oleh Dr Ibrahim Ghaffar. Pembicara jemputan adalah Dr Silfia Hanani dan Rahim Abdullah.
4 comments:
Tahniah juga Ros, buat muridmu....kita akan kongsi lagi cerita masa datang ya
Ya, harap dapat jumpa lagi, Kak Siti.
Salam...
Rindu pada kak Zai (Siti Zainon Ismail) ;)
* seronoknya cikgu dapat bertemu dengan tokoh kesenian dan kebudayaan :)
Prof SZI, pada saya, karya dan dirinya penuh dengan citra budaya bangsa. Sangat sukar dicari orang seperti ini kini.
Post a Comment