Thursday, February 18, 2010

Sarapan di manaaaaa

Baru tiba dari kampung. Sudah jenuh tidur dalam perjalanan, sekarang saya pula berjaga. Suami dan anak-anak melayan letih perjalanan dengan nyenyak tidur. Jadi saya sendirian memikirkan sarapan (di kampung tak payah fikir apa hendak dimasak - semuanya sudah siap terhidang. Nasib baik balik hanya sehari, kalau lima hari tentu bertambah 5 kg!)

Di dalam fridge ada ayam cincang. Saya selalu meyediakan ayam atau daging cincang untuk 'waktu kecemasan' - lapar tetapi bukan untuk nasi! Dan harus cepat pula untuk disediakan.

Jadi resipinya - ringkas! Ya, cuma tumis bawang putih, bawang besar dan halia (juga yang saya kerap sediakan dalam kuantiti yang banyak. Disimpan di dalam botol bertutup rapat dalam fridge). Sesudah tumisannya berbau wangi, tambahkan apa-apa serbuk rempah - kari, kurma atau sup, atau saya campur serba sedikit ketiga-tiganya (chef tak bertauliah!). Baru dimasukkan ayam atau daging cincang. Apabila hampir kering airnya, tambahkan garam dan serbuk lada sulah. Sesudah sejuk, masukkan ke dalam bertutup sebelum disimpan di dalam fridge. Gunakan pada 'waktu kecemasan'!

Apabila hendak digunakan, campur mayonis dan keju cheddar, ditambah daun salad, tomato dan timun, cukup syarat menjadi sandwich. Kalau dibakar dalam pembakar roti, dimakan panas-panas, lebih berselera. Atau boleh saja jika menggunakan roti frankfurter - dipotong sisi tanpa putus, dan sumbatkan isinya (ala-ala Subway... gitu!) Sapu sekeliling roti dengan mentega, kemudian bakar di dalam ketuhar. Emmm... enak juga. Tapi oh! Saya kena keluar beli roti sekarang!

3 comments:

aintsuperwoman said...

nanti, nak pegi rumah kak eta masa breakfast pulak. heee.... :D kalau balik kampung memang anytime boleh naik bekilo-kilo...

acciaccatura said...

I kalau balik kampung, chef nya I lah jugak. jadi tak boleh naik badan. bau je dah kenyang.
Baguih idea Ita simpan daging or ayam cincang tu. nak buat jugak lepaih ni. TQ Ita.

Rositah Ibrahim said...

Fa, kalau nak mai masa breakfast, kenalah sampai sebelum subuh....Kukuq nyioq!
Lee,kampung sebelah kedah ke, kelantan ke, dua-dua ada ada kakak/abang yang buat bisnes makan. Sebab tu tak masak. Kalau tak, agak-agak menantu mithali juga I ni...