Di mana-manapun kami melihat air...air...tapi tetap kami tertegun dengan pemandangan yang dapat kami saksikan.
Kami tiba di perkampungan orang asli. Ketua fasilitator program berjumpa ketua mereka untuk menyampaikan hajat kami - melawat sambil mempelajari adat resam dan cara hidup mereka.
Murid kami menyampaikan buah tangan kami kepada ketua mereka.
Amboi... Basri dan Isyraf, bukan main lagi posing!
Amboi... Basri dan Isyraf, bukan main lagi posing!
Syarat wajib - bergambar!
Rumah kediaman mereka ringkas.
Sebelum kami tiba di sini, kami sudah ternampak sebuah kawasan penempatan di seberang sungai - perkampungan tersusun yang disediakan oleh kerajaan untuk mereka. Tapi mereka lebih selesa hidup dengan cara yang diwarisi sejak turun- temurun. Jadi mereka berulang alik antara kawasan penempatan baharu dengan kampung asal. Kerajaan juga menyediakan bot berenjin untuk mereka.

2 comments:
alangkah indah sekiranya berpeluang mendiami persekitaran sebegitu...
Salam, persekitaran sedemikian sesuai untuk merehatkan fikiran kita yang sentiasa sibuk memikirkan hal-hal kehidupan. Untuk 'lari seketika' sekali sekala. Tapi untuk menetap...hmm mungkin sesuai mungkin juga tidak....
Post a Comment