Tuesday, June 15, 2010

Kembara Belum ( ii )

Air di mana-mana...

Kami dikelilingi tasik buatan yang luas.

Aspek keselamatan sangat penting. Pelajaran pertama adalah water confidence. Kami diajar bagaimana mengenakan jaket keselamatan dengan betul.

Dan belajar untuk berani...
Murid kami semuanya berani! Cikgunya belum tentu....

Saya turun ke air dengan cara 'lemah lembut'! Istimewanya saya ada dua jaket keselamatan, satu yang dipakai ke badan, dan yang satu lagi adalah murid saya yang baik hati -yang sentiasa menggengam tangan saya untuk membantu saya terapung... Terima kasih Chee Onn.

Hmm...seronoknya berendam!
Aktiviti ini menjadi aktiviti yang paling digemari. Ada saja waktu terluang, mereka meminta kebenaran untuk melakukan aktiviti ini. Tentu saja dengan pengawasan pegawai perhilitan dan fasilitator program.

No comments: