Saturday, June 12, 2010

Kembara Belum 5 - 8 Jun 2010 ( i )

Di jeti banding - beg kami dibawa ke bot dengan teknik 'tali air' yang dibentuk oleh para pelajar kami.

Heretan usia telah menyingkir tenaga sedikit demi sedikit. Serawan rasa saya dijerut jalur-jalur bimbang - masihkah berbaki kudrat remaja?

Keazaman mengatasi keyakinan yang sedikit goyah. Saya tergoda oleh impian untuk menyaksikan keindahan Belum yang pernah saya baca dan dengar. Berbekalkan doa, saya menyisipkan sedikit supplement, glucco plus chondroitin dan vitamin B kompleks. InsyaAllah dipermudahkan olehNya.

Jambatan Banding semakin jauh kami tinggalkan. Saya teringatkan anak-anak. Ini adalah antara tempat kesukaan kami sekeluarga setiap kali melalui lebuh raya Timur - Barat.

Tanjung Kalok...
hanya kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot.

Inilah tapak kem kami. Di sini murid-murid kami akan diberi pendedahan pendidikan alam sekitar oleh pegawai Perhilitan. Dan tentunya pengalaman berharga buat kami juga.

Asrama kami dan dewan terbuka.

Ruang dalam asrama kami. Kami perempuan hanya bertujuh (empat guru dan 3 murid) daripada keseluruhan peserta rombongan yang seramai 33 orang.

Sengaja kami singkapkan bidai buluh untuk menikmati nyaman angin tasik Temenggor...

dan menikmati keindahannya.

2 comments:

roslaini saad said...

Seronoknya Ita...saya dah lama teringin nak ke Belum..tapi tulaaa...takut dengan kedarat remaja yang dah luntur ni...lutut pun dah kian goyang...

Rositah Ibrahim said...

Tak lah teruk aktiviti fizikalnya. Kalau larat shopping satu hari suntuk, kiranya ada stamina la tu, boleh saja ikuti aktiviti seperti ini!He he..