Thursday, July 16, 2009

Kinabalu oh Kinabalu



Sajak ini tersiar dalam majalah Jelita Jun 2009. Sebenarnya dah terlupa ada mengirimkan sajak ini kepada Jelita. Sajak ini ditulis pada tahun 2007, iaitu selepas percubaan mendaki Kinabalu buat pertama kali. Percubaan itu gagal. Di Laban Rata tiba-tiba saja kepala berdenyut. Khuatirkan migraine, saya berpatah balik ke rest house Panar Laban.
Ustaz Azka, melihat saya berpatah balik, ikut mematikan hasrat mendaki ke puncak, disusuli oleh teman kami, Baizura@Mek Besut. Teman-teman yang lain, Azman dan dua orang kawannya (maaf, lupa nama mereka) meneruskan pendakian.Noraini juga terus mendaki, tetapi angin di puncak waktu itu terlalu kencang (120 kph). Lagi 200 metre ke puncak, juru pandu menasihatkan dia supaya tidak meneruskan perjalanan kerana terlalu bahaya.
Walau bagaimana pun, saya berpuas hati juga. Dapat menikmati pemandangan terutamanya selepas kilometer ke lima, merupakan pengalaman yang menakjubkan. Sangat cantik. Beberapa kali saya berasa ingin duduk saja merenung pemandangan terhampar indah di ruang pandangan.



Pendakian kali kedua pada Mei 2009.

Noraini (belakang sekali) mengajak saya mencuba lagi. Jenuh juga kami mencari teman-teman untuk ikut serta. Teman-teman yang mendaki Kinabalu dengan kami sebelum ini mencari pengalaman baru di Gunung Stong, Kelantan.
Kami mendaki lagi. Kali ini dalam kumpulan yang kecil. Apabila berada dalam kumpulan sekecil ini, baru aku kenal Ustaz Azka (tengah) yang sebenar - dia gila-gila bahasa rupanya!



Percubaan mendaki kali pertama (Disember 07) kami melalui Mesilau dan menuruni Timpohon. Trek dari Mesilau lebih mencabar ketahanan. Diakui oleh juru pandu bahawa trek ini lebih sukar. Kali kedua mendaki kami melalui Timpohon. Jaraknya lebih pendek(2 km lebih pendek berbanding Mesilau). Jam 9 pagi memulakan pendakian, jam 3 petang tiba di Laban Rata.
Kali ini suhu di Laban Rata tidak serendah Disember lepas. Disember lepas 8 darjah, kali ini 11. Jam 4 pagi mulai mendaki. Jam 6 baru tiba di Sayat-sayat (km ke 8). Matahari telah tinggi sewaktu kami berada di puncak. Tetapi bila dibuka jeket, sejuknya terasa menggigit. Kami mengambil kesempatan untuk berada di puncak sepuas-puasnya kerana kami telah menempah bilik di Laban Rata untuk dua malam.
Perjalanan turun melalui Timpohon pun dalam keadaan santai. Tiada yang perlu dikejar. Tidak perlu terburu-buru. Jadi saya mengambil kesempatan untuk menikmati pemandangan.
Tahun hadapan kami merancang untuk mencuba Gunung Mulu pula. Hah! Pada usia 40an baru kutahu nikmatnya mendaki gunung!

4 comments:

gemagong said...

tahniah dah dua kali sampai rupanya...saya pun dah dua kali sampai puncak...bila tu nak panjat gunung mulu...saya dah sampai mulu...satu tempat yang paling cantik dan seronok di terokai...

Rositah Ibrahim said...

Thanks Aris,
memang seronok daki Kinabalu. Yang best tu bukan viewnya saja, tapi yang syok sekali sambil mendaki boleh makan a big bar of chocolate without feeling guilty! He.. he...
Cadangnya Mulu next year, Insyaallah kalau ada kudrat dan dapat izin husband i yang sporting tu. Boleh la ambil tips dr u. Or u nak join sekali kot?

Unknown said...

Mulu..? Tiada masalah, kalau mahu saya boleh aturkan perjalanan ekspedisi ini. Baru saja seminggu lebih kembali dari Mulu. Kalau boleh cuba perjalanan Garden of Eden Valley Walk.

Rizauddin (ur brother, the one who has scaled all highest mountains in South East Asia)

Rositah Ibrahim said...

Riza,
Hey of course i need ur guide regarding Mulu. Have write anything about it? Have send in any articles to any publication?