Tuesday, July 21, 2009

Sajak Sahabat




Sajak di atas kusimpan bukan sahaja kerana ditulis oleh sahabat baikku, tetapi juga kerana aku menyenangi sajaknya yang berbentuk lirikal. Lupa pula hendak mencatatkan tarikh sajak ini tersiar, tapi aku ingat akhbarnya, Berita Minggu.

Sabrihadi (nama sebenarnya Kamarudin Abdul Rahman), berasal dari Pasir Mas dan merupakan teman sekursus semasa di USM. Dia juga antara teman yang menghadiri majlis perkahwinanku. Dia datang bersama bekas guruku, Lim Swee Tin (Dr). Lim Swee Tin ketika itu masih mengajar di sekolah lamaku.

Melalui rencananya yang tersiar dalam Dewan Sastera bertahun yang lalu, aku mengetahui yang dia menjadi guru. Pastilah dia seorang guru sastera yang baik kerana dia menyintai bidang pendidikan dan kesusasteraan.

Tidak kutahu bagaimana kabarnya kini. Aku juga telah terputus hubungan dengan kawan-kawan yang lain seperti Noorjan (Ada terbaca beberapa cerpennya dalam akhbar), Baha Azuwan yang suka berbahasa isyarat, Shukri Matt Ali yang lebih banyak tersenyum, danHajah Simpol serta Rosli barangkali masih dengan DBP Brunai.

4 comments:

dariana said...

berlegar-legar di laman maya lalu tersinggah di sini.

nak tanya jugak... di mana sabri hadi sekarang? cikgu kah dia?...shukri matt ali?
moga semuanya afiat dan sentosa bersama k'ga.

Unknown said...

salam. terima kasih kerana masih mengingatkan akan kehidupan bersama menekuni karya kreatif, melangkah dalam keletihan tetapi penuh semangat menghadiri kuliah di bukit minden, berlegar-legar di "penang road" librari usm, membaca puisi di dataran dtsp, usm etc. berwacana dengan tokoh sasterawan, prof emeritus datuk shahnon ahmad, berbahas penuh ilmiah dengan pensyarah kesusasteraan bandingan yang hebat dan unik, supardy muradi, membuat kajian mantera untuk prof haron daud (kini prof di atma, ukm) mengaut ilmu puisi drp prof haji ali haji ahmad (alis murni), membabitkan diri dengan teater di panggung sasaran atau menatapi puisi-puisi eksperimental ismail abdullah... segala-galanya menjadi momen penuh nostalgia, itulah kita bersama rakan-rakan terpilih - hajjah simpol, rosli (brunei), noorjan (masih di penang), amin jalil (wartawan berita harian seremban), baha azuwan (bekas editor watan yang sempat keluar lima isu tahun lalu) - sabrihadi, hilang tanpa perkhabaran tetapi kali terakhir berutus surat ketika mengajar di tawau pada 1994. saya menetap di sungai petani, kedah. - shukri 019-462 7825

Rositah Ibrahim said...

Dariana - salam. Terima kasih kerana meninggalkan jejak di sini. Sebenarnya saya selalu ikuti blog tuan. Pengikut (dan peminat!) senyap-senyap! Maklumlah sajak tuan memang telah saya ikuti sejak berada di bangku menengah lagi. Zaman saya bersekolah menengah, seingat saya, kita (maksud saya Kelantan) mempunyai barisan penyair yang hebat-hebat sekali.

Rositah Ibrahim said...

Shukri,
Sahabat - biar alamat tak terjejak, dalam ingatan tetap terpahat.